Dasar Kerahsian

Istilah

"Majlis" hendaklah merujuk kepada Majlis Perbandaran Manjung.
"Aplikasi" hendaklah merujuk kepada " myManjung ".
"Anda" hendaklah merujuk kepada pengguna yang mengguna pakai Aplikasi ini.
"Maklumat" hendaklah merujuk kepada sebarang maklumat yang dimasukkan ke dalam Aplikasi.
"Perkhidmatan" hendaklah merujuk kepada Perkhidmatan mengakses dan Perkhidmatan menggunakan transaksi dalam myManjung melalui Aplikasi ini.

Akses Anda ke Aplikasi ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat di sini. Sila baca dan fahamkan terma dan syarat di dalam Aplikasi ini setiap kali Anda mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam Aplikasi ini.

Walau apa pun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam terma dan syarat ini, Anda dengan ini bersetuju bahawa akses kepada Aplikasi ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah atas risiko Anda sendiri dan Anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada Aplikasi ini dan Perkhidmatan di dalamnya. Jika pada bila-bila masa Anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua terma dan syarat ini, sila tamatkan semua akses Anda kepada Aplikasi ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan.

Terma dan syarat ini adalah hendak terpakai tanpa had atau pengecualian kepada semua ke Aplikasi ini atau sebahagian darinya, sama ada melalui internet, telefon bimbit dan/atau alatan elektronik perantaraan dan/atau penggunaan isi kandungan dan/atau Perkhidmatan.

Peraturan Penggunaan

Anda bersetuju dan beraku janji untuk tidak menggunakan Aplikasi ini, isi kandungan dan Perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan atau yang mungkin termasuk menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan Aplikasi ini, isi kandungan dan Perkhidmatan dan termasuk :

  • Penggunaan bahan terpelihara dari rahsia perdagangan tanpa kebenaran;
  • Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai Majlis atau hos atau memberikan gambaran yang salah tentang hubungan Anda dengan individu atau entiti;
  • Akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem;
  • Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran yang sah;
  • Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, 'trojan horses', 'time bombs', 'worms', 'cancelbots' atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana Perkhidmatan sistem Aplikasi;
  • Memintas sebarang pengesahan pengguna atau keselamatan sebarang hos, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaan untuk menceroboh atau menggodam);
  • Menjual semula atau menyediakan Aplikasi, isi kandungannya dan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya;
  • Majlis mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda Aplikasi ini, isi kandungan dan Perkhidmatan mengeluarkan atau menolak sebarang perkara yang melanggar peraturan penggunaan; Majlis mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan peraturan penggunaan.

Kerahsiaan Maklumat

  • Dengan mengakses Aplikasi ini, Anda mengakui dan bersetuju bahawa Majlis boleh mengumpul, mengekalkan atau mendedahkan Maklumat Anda atau mana-mana maklumat oleh Anda untuk keberkesanan Perkhidmatan dan Maklumat yang dikumpul, disimpan atau didedahkan hendaklah mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana perundangan, undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai dari semasa ke semasa. Sekiranya Anda tidak bersetuju dengan terma tersebut sila maklumkan kepada Majlis;
  • Anda bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan semasa menggunakan Perkhidmatan di Aplikasi ini, dan bersetuju untuk tidak menyebabkan Majlis bertanggungjawab ke atas sebarang akses yang tidak dibenarkan atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripadanya;
  • Anda hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan kata laluan Anda dan tidak mendedahkan kata laluan Anda kepada sesiapa pada masa bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja;
  • Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan kata laluan atau secara amnya berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan ini.

Pautan

Terdapat sebahagian pautan dari atau ke mana-mana laman web di luar Aplikasi ini disediakan dan adalah bertujuan untuk kemudahan sahaja. Pautan laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan Majlis. Pautan ke laman web lain adalah atas risiko Anda sendiri dan Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan/kerugian berkaitan dengan pautan.

Maklumat dan Penafian

  • Segala maklumat yang dipaparkan di Aplikasi ini adalah tertakluk kepada perubahan dan tidak boleh dianggap muktamad melainkan ianya disahkan secara bertulis daripada pihak Majlis;
  • Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan dan limitasi kepada Perkhidmatan di dalam Aplikasi walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat yang terkandung di dalam Aplikasi, tiada waranti secara nyata atau tersirat diberikan oleh Majlis tentang kesempurnaan dan ketetapan maklumat yang diberi;
  • Majlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari Aplikasi ini;

Representasi dan Waranti

Anda mengakui bahawa muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi adalah atas risiko Anda sendiri dan muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi adalah setiap masa tertakluk kepada terma tambahan seperti berikut :

  • Anda tidak boleh menggunakan Aplikasi bagi tujuan selain dari untuk tujuan Perkhidmatan dan/atau bagi tujuan sepertimana yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa;
  • Anda hendaklah bertanggungjawab ke atas penggunaan Aplikasi di dalam peranti mudah alih Anda;
  • Anda tidak boleh membenarkan atau membolehkan mana-mana individu mengakses Aplikasi atau membiarkan peranti mudah alih tanpa pengawasan yang boleh memyebabkan individu mengakses Aplikasi;
  • Anda tidak boleh membuat semula, menyusun semula, kejuruteraan berbalik dan cuba untuk mendapatkan kod pembangunan sistem, mengubah suai, membuat kerja terbitan Aplikasi, mengemas kini perisian atau mana-mana bahagian ke atas Aplikasi berkenaan;
  • Anda tidak boleh menggunakan Aplikasi bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang, akta, peraturan atau undang-undang kecil bagi mana-mana bidang kuasa berkenaan;
  • Anda hendaklah memuat turun Aplikasi dari Apple App Store, Google Play Store atau Aplikasi yang dibenarkan oleh Majlis;
  • Anda tidak boleh memasang atau menggunakan Aplikasi pada peranti mudah alih yang telah diubah suai /digodam yang boleh menjejaskan ciri-ciri keselamatan peranti mudah alih;
  • Anda bersetuju bahawa Majlis berhak untuk mengemas kini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian Aplikasi pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa notifikasi kepada Anda;
  • Anda bersetuju bahawa Perkhidmatan mungkin akan terganggu disebabkan penyelenggaraan, kemas kini atau kegagalan sistem atau rangkaian dan Majlis menolak semua tanggungjawab atas kerosakan yang disebabkan oleh gangguan atau kesalahan dalam fungsi tersebut;
  • Anda bersetuju bahawa Majlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan untung, secara langsung, tidak langsung, ganti rugi punitif, teladan atau khas yang timbul dari kerosakan atau pencemaran atau kegagalan Aplikasi, perkakasan atau perisian yang digunakan berkaitan dengan Aplikasi;
  • Sekiranya Anda mengguna pakai Aplikasi bagi pihak entiti lain, Anda adalah bertanggungjawab pada terma-terma Aplikasi bagi pihak entiti tersebut dan pihak entiti tersebut boleh menuntut ganti rugi kepada Anda sekiranya berlaku pelanggaran terma-terma.

Penamatan

Majlis boleh menamatkan akses Anda ke mana-mana bahagian Perkhidmatan atau seluruh Perkhidmatan dan mana-mana Perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuat kuasa serta-merta. Majlis boleh juga menamatkan atau menggantung akaun Anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan Perkhidmatan Aplikasi menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu dan Anda bersetuju bahawa Majlis tidak bertanggungjawab kepada Anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada Perkhidmatan tersebut.